Falsafah: Menyingkap Alegori Gua Plato


Alegori Gua ini merupakan salah satu pemikiran Plato yang menarik termuat dalam karyanya Republik yang memperihalkan tentang peranan ahli falsafah dalam masyarakat kebanyakan. Sebelum mengupas tentang teori Alegori Gua ini dengan lebih lanjut, mari kita kenali secara ringkas siapakah sosok yang dikenali sebagai Plato ini.
Plato merupakan salah seorang ahli falsafah klasik ungul yang dilahirkan di Athens dalam sekitar tahun 427 SM di dalam sebuah keluarga aristokrat (bangsawan). Beliau bercita-cita dalam menceburi bidang politik dan pemerintahan sama seperti susurgalur keluarganya namun terhenti kerana perkembangan politik pada masanya tidak memberi kesempatan kepadanya untuk mengikuti jalan hidup yang diinginkan nya itu serta ada yang menyatakan bahawasanya beliau begitu jijik dengan pemerintahan Athens ketika itu yang mana telah menjatuhkan hukuman mati kepada gurunya iaitu Sokrates yang ditegukkan racun atas hukuman kononya memperkenalkan agama baru serta merosakkan pemikiran anak muda. Plato meninggal dunia dalam tahun 347 SM pada usia 80 tahun.
Berbalik kepada Alegori Gua Plato, perumpamaan ini dikisahkan terdapat sebuah gua yang mana di dalamnya terdapat beberapa orang yang telah diikat di dalam gua tersebut serta kepalanya dihalang untuk menoleh kerarah tepi sama ada kiri atau kanan, atas atau bawah dan belakang dan hanya dihadapkan ke arah dinding gua sahaja. Di bahagian belakang mereka terdapat unggun api dan diantara api dan mereka yang diikat itu terdapat laluan yang mana orang lalu-lalang dengan membawa barang seperti binatang ternakan, buah-buahan dan sebagainya sehingga telah terbentuk bayang-bayang dan terlihat di dinding yang mereka dihadapkan. Mereka dalam posisi tersebut sejak azali lagi, mereka tidak tahu menahu mengenai ungun api dan orang-orang dibelakang mereka itu. Dan mereka mula meneka-neka apa yang dilihat mereka itu. Yang meneka tepat akan dipuji seorang yang berilmu walhal itu hanyalah bayangan.
Suatu hari salah seorang daripada mereka dilepas daripada dibelenggu. Beliau mula melihat disekelilingnya dan mula melihat ungun api dibelakangnya. Pada awalnya matanya silau kerana sudah terbiasa dengan hanya melihat bayangan namun setelah itu beliau mula dapat melihat dengan lebih jelas bahawasanya diantara mereka terdapat unggun api serta orang-orang yang lalu lalang membawa barangan dan lebih mengejutkannya apa yang dilihat oleh mereka selama ini hanyalah bayang-bayang! Dia mula berjalan keluar dan melihat dunia sebenar yang juga mempunyai bayang-bayang dan kemuncaknya beliau telah melihat matahari yang menjadi pusat segala benda yang dilihatnya sebelum ini.
Lalu beliau kembali ke dalam gua bagi memceritakan segala apa yang dilihatnya kepada rakannya yang masih terikat di dalam gua, namun kawan-kawanya marah dan melabelkannya sebagai kurang siuman malah lebih teruk lagi dihukum oleh penghuni gua yang terikat tersebut. Keadaan ini sama seperti kisah gurunya Sokrates yang dibunuh di saat hadir melawan hujah para Sophist pada ketika itu. Persoalan yang sama dalam Alergori Gua ini juga dapat dilihat dalam kehidupan hari ini, individu yang cuba memberi maklumat atau menyatakan kebenaran akan dihukum bukannya dihargai, keadaan ini makin parah apabila dilihat dalam perspektif politik Malaysia.
Akhir kata, pemahaman serta tafsiran mengenai Alegori Gua Plato ini sebenarnya masih luas untuk diperbahaskan dan dirungkaikan. Setiap perkara dalam Alergori ini mempunyai makna dan falsafahnya yang tersendiri contonya gua melambangkan kegelapan ilmu manusia, bayang merupakan ilusi yang samar tentang realiti kehidupan manusia dan cahaya matahari diluar merupakan kebenaran serta hakikat yang dicari dalam sesebuah kehidupan. Bersama-samalah kita menemui jawapan ðŸ˜Š

Comments

Popular posts from this blog

Kongsi Sastera: Perawan Remaja dalam cengkeraman Militer, antara sejarah dan sastera.