Posts

Kongsi Sastera: Perawan Remaja dalam cengkeraman Militer, antara sejarah dan sastera.

Image
Sastera bukan sekadar sebuah penulisan, ianya sebuah nukilan tentang kehalusan berfikir secara falsafah lalu diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Sastera juga berperanan menceritakan peristiwa yang penting dalam catatan sejarah dunia dan realistik. Sejarah pula merupakan penafsiran tentang peristiwa. Istilah sejarah berasal daripada perkataan arab “syajarah yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Gabungan diantara sastera dan sejarah ini menjadikan sesebuah karya itu lebih realistik dan lebih dekat dengan pembaca kerana ianya berkisarkan tentang perkara yang telah dilalui sendiri oleh seseorang individu, masyarakat ataupun sesebuah negara. Novel Perawan dalam cengkeraman Militer merupakan sebuah rakaman sejarah sebenar yang diceritakan oleh Pramoedya Ananta Toer melalui karya sastera berdasarkan derita hidup yang yang dilalui gadis-gadis Indonesia yang menjadi korban kekejaman tentera Jepun semasa perang